Bitcoin gagal mencapai paras harga $43,000 pada hujung minggu lepas, dan penolakan seterusnya mendorongnya keara penyusutan harga ke paras terendah 5 hari, sedikit di bawah $41,000.
Altcoin juga mengalami keadaan yang sama dengan didagangkan merah dan harga aset kripto SOL merosot ke paras $70. Disisi lain aset kripto Cardano dan Avalanche turun lebih dari 5%. Pada hari Isnin yang lalu, pasaran dikejutkan dengan penurunan harga besar yang merugikan matawang kripto utama dengan lebih dari $3,000 dalam beberapa jam. Sehari kemudian, harga Bitcoin terus jatuh ke paras $40,250.
Pada hari Rabu, pemain pasaran kembali beraksi dengan memborong dan secara tidak langsung mendorong harga BTC melonjak di atas $43,000 pada hari Rabu. Data CPI AS dan mesyuarat FOMC seterusnya tidak membawa banyak ketidakstabilan pada pertengahan minggu, namun kerentanan Ledger menyebabkan penurunan harga segera ke paras $41,500.
BTC akhirnya berjaya pulih sebahagian besar kerugian dan pada hujung minggu BTC bejaya merebut kembali kira-kira $42,000. Ia cuba untuk mengatasi $43,000 pada hari Sabtu namun menemui kegagalan. Penolakan yang berlaku mendorong harga BTC turun ke $40,750 beberapa jam yang lalu.
Semasa penulisan bitcoin diniagakan pada paras harga $41,171.89, namun pasaran modal telah merosot kepada $805 bilion. Dominasinya ke atas altcoin, walaubagaimanapun, meningkat kepada 52% di CMC. Penurunan harian yang lebih besar dalam altcoin datang dari Ripple, Dogecoin, Polkadot, dan Polygon. Solana telah kehilangan 5% dan kini berada di bawah $70.
Cardano dan Avalanche telah menurun paling banyak dari altcoin dengan kapitalisasi pasaran yang lebih besar. ADA turun sebanyak 6%, manakala AVAX telah kehilangan 9% daripada nilainya dan diniagakan di bawah $40.