“Penat la pelabur macam ni, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je harga BTC jatuh.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) nampaknya terjun drastik sehingga paras $28,355 daripada paras tertingginya baru-baru ini pada $29,276 di tengah-tengah para pelabur semakin mengukuhkan pegangannya.
Namun perlu diketahui bahawa pelabur akan lebih tertarik untuk membeli sejumlah besar BTC apabila harganya dapat turun pada zon sokongannya $28,933 kemudian meneruskan lagi junaman sehingga $28,800.
Jadi di sini dapat dilihat penurunan harga selanjutnya dapat dihentikan sekiranya pelabur membeli BTC pada paras tersebut dan pada masa ini modal pasarannya merosot 0.62%, tetapi volum dagangannya berjaya lonjak 20.25% pada $15 bilion.
Meskipun begitu, momentum penurunan harga pada masa ini adalah sangat kukuh dan BTC berkemungkinan mengalami tekanan jualan secara berterusan yang mampu menyebabkan aset digital itu jatuh lebih rendah daripada paras semasanya.
Bagaimanapun, jangkaan penganalisis menunjukkan bahawa masih terdapat beberapa tekanan belian dalam BTC, oleh itu ia mendorong pembalikan kenaikan susulan tekanan belian mampu meningkatkan harga aset digital itu.
Susulan pemulihan bergantung pada cara kripto bertindak balas, BTC dapat mengubah sentimen, menarik lebih ramai pembeli dan membawa pada momentum bullish jika harganya dapat melepasi zon rintangan $29,200.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.03% pada paras $28,592 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $556 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 3.39% sepanjang minggu lepas.