“Pelabur mesti sedih lagi, ye la harga BTC naik sikit je tak banyak sangat pun.”
Setelah Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan keputusannya untuk menaikkan tiga kadar faedah ECB utama sebanyak 25 mata asas, harga ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya melepasi semula $25,700.
Dilaporkan bahawa kaedah faedah ke atas operasi pembiayaan semula utama, kemudahan pinjaman marginal dan kemudahan deposit masing-masing akan dinaikkan pada 4.00%, 4.24% dan 3.50%.
Keputusan tersebut telah menyebabkan seluruh pasaran kripto pulih sedikit selepas mengalami kemerosotan drastik semalam susulan Federal Reserve (Fed) didapati ingin menaikkan kadar faedah pada akhir bulan 2023.
Seterusnya, ECB turut memberi alasan bahawa kenaikan kadar faedah dilakukannya adalah bertujuan untuk memerangi inflasi negaranya yang mungkin akan kekal tinggi dalam jangka panjang walaupun sebenarnya ia telah menurun.
Selain harga BTC meningkat sebagai tindak balas pada kenaikan kadar faedah ECB, pasaran kripto sebelum ini semasa mesyuarat Mei 2023 turut menyaksikan reaksi positif apabila ECB mengambil keputusan yang sama.
Menurut Majlis Tadbir ECB, mereka meramalkan kadar inflasi akan turun dalam tempoh dua tahun akan datang, oleh itu ECB mungkin buat tindakan agresif sikit untuk capai sasarannya turunkan inflasi pada 2% dalam jangka sederhana.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.86% pada paras $25,505 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $494 bilion tetapi tetap mencatatkan penurunan 3.93% sepanjang minggu lepas.