BTC Kembali Menakluki Paras $29K Di Tengah Ketidakpastian Isu Perbankan First Republic!

137

Pada malam ini harga Bitcoin telah mencecah paras tertinggi melebihi $29,000 di tengah-tengah kebimbangan krisis perbankan A.S. baharu apabila saham dalam First Republic Bank jatuh 50%.

Harga Bitcoin mencecah paras tertinggi $29,173 sebelum jatuh sedikit kepada paras dagangan $29,043.35. Namun didapati bahawa harga Bitcoin masih belum pulih sepenuhnya daripada kemerosotannya baru-baru ini, dan kekal turun 4.7% pada minggu tersebut.

Saham dalam First Republic Bank yang berpangkalan di San Francisco merosot pada hari Rabu berikutan laporan suku tahunan yang suram di mana ia melaporkan pengeluaran lebih tinggi daripada jangkaan melebihi $100 bilion pada bulan Mac, menimbulkan kebimbangan mengenai kebolehbayaran pemberi pinjaman serantau.

Sektor perbankan A.S. telah menghadapi cabaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Pada bulan Mac, pengawal selia menutup Signature Bank, manakala Silicon Valley Bank runtuh akibat ketidakmampuan untuk membayar pinjaman. Ketidakpastian itu telah menghidupkan semula naratif bahawa Bitcoin adalah sebagai aset “Safe Haven”.

Pada awal bulan ini, , Ketua Pegawai Eksekutif BitMEX Arthur Hayes memberitahu bahawa kripto berfungsi sebagai lindung nilai terhadap risiko daripada sistem perbankan tradisional. Emas juga mencatatkan keuntungan positif dengan kenaikan 0.75% pada hari Rabu, manakala indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam mata wang utama susut 0.40% kepada paras dagangan 101.190 disebabkan oleh keyakinan yang goyah dalam sistem perbankan AS..

Pergerakan positif Bitcoin berlaku berikutan penurunan dalam indeks pasaran saham teratas, S&P 500 dan Nasdaq 100. Kedua-dua indeks itu jatuh teruk pada hari Selasa, masing-masing mencatatkan kerugian 1.58% dan 1.01%. Pasaran niaga hadapan untuk indeks menunjukkan kerugian selanjutnya untuk indeks S&P 500, dengan kenaikan sedikit untuk indeks yang berteknologi tinggi pada 26 April.

Penunjuk korelasi menunjukkan bahawa korelasi Bitcoin dengan pasaran saham telah menurun sejak awal April, manakala korelasinya dengan emas semakin kukuh.

Kenaikan harga Bitcoin juga disebabkan oleh prospek suntikan mudah tunai baru ke dalam pasaran daripada Rizab Persekutuan atau institusi lain, berikutan ketidaktentuan di sekitar First Republic Bank.

Pemain pasaran kekal beri perhatian pada sentimen-sentimen terkini yang berlaku dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat