BTC Kini Sedang Sasar $35,000? Pelabur Kena Bersedia!

582

“Pergerakan BTC sekarang memang macam bullish cuma tu la lambat naik.”

Mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang bertindak sebagai lindung nilai terhadap isu dihadapi oleh sektor kewangan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sejak kebelakangan ini telah menjadi sebab kebanyakan pelabur meramalkan harganya bakal melihat kenaikan.

Selepas mengalami kerugian sebanyak $1.5 trilion pada tahun 2022, pasaran kripto dilaporkan memperoleh sekitar $390 bilion pada 2023 susulan BTC melihat kenaikan harga pada tempoh tersebut.

Umum mengetahui bahawa pasaran kripto menyaksikan pemulihan secara beransur-ansur walaupun beberapa kripto terkenal menemui kegagalan berikutan tindakan agresif oleh kerajaan AS dan isu berkaitan stablecoin.

Sudah sedia maklum harga BTC berjaya lonjak disebabkan kegagalan bank-bank di seluruh dunia, tetapi bukan itu sahaja susulan aset digital tersebut mula mendapat momentumnya apabila rang undang-undang BTC didapati menguntungkan miners kripto di AS.

Pun begitu, harga BTC terkesan apabila Coinbase mendapat wells notice* daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS, namun aset digital itu meningkat semula pada paras $28,812 tidak lama kemudian.

*Notis rasmi daripada SEC yang memaklumkan kepada penerima bahawa agensi itu merancang untuk membawa tindakan penguatkuasaan terhadap mereka

Menurut Michael van de Poppe, penganalisis kripto terkenal menjangkakan harga BTC yang sudah menembusi lebih $28,000 berupaya untuk melonjak lebih tinggi ke paras tertinggi baharu, di mana beliau sebelum ini meramalkan aset digital itu akan mencecah $35,000 dalam masa terdekat ini.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC mendaki sebanyak 3.48% didagangkan pada paras $28,259 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $546 bilion manakala Ethereum (ETH) canak 4.39% pada $1,812 dan Ripple (XRP) naik 4.60% pada $0.43.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat