“Takpe BTC berehat la dulu nanti minggu depan sambung naik pula ye.”
Selepas mengukuh sehingga paras $30,700, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) tergelincir semula pada $29,575 apabila syarikat penjaga aset digital BitGo menamatkan pemerolehannya terhadap Prime Trust.
Bagaimanapun, pasaran kripto berjaya menyaksikan lonjakan di tengah-tengah kebimbangan semakin meningkat berhubung bank pusat yang ingin menangani inflasi dan kesannya terhadap perkembangan ekonomi, ulas Edward Moya iaitu penganalisis pasaran kanan Oanda.
Moya turut berkata bahawa para pelabur harus berhati-hati susulan Wall Street berpandangan negatif terhadap prospek pertumbuhan global, di mana ia mungkin akan beri kesan negatif terhadap pasaran kripto.
Namun, pasaran kripto tidak terkesan apabila Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berhasrat menaikkan kadar faedah pada akhir tahun ini tetapi ia mengalami sedikit kejatuhan setelah tuntutan pengangguran mingguan terbaharu lebih tinggi daripada jangkaan.
Menurut Bob Baxley, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Maverick Protocol berkata bahawa BlackRock atau mana-mana syarikat ingin memfailkan ETF BTC mungkin akan diluluskan sambil menambah beliau juga berminat untuk melihat prestasi BTC termasuk Ethereum (ETH) dalam beberapa bulan lagi.
Ujar Baxley lagi, jumlah aktiviti pembangunan berkaitan aset digital sudah semakin meningkat dan pasaran kripto kini bukan sahaja memiliki DeFi dan non-fungible token (NFT) malah pelbagai lapisan baharu serta layer 2 yang sedang dibina pada kelajuan sangat pantas.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC masih buat pergerakan mendatar apabila menjunam sebanyak 0.57% pada paras $29,970 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $581 bili