“Nampaknya BTC asyik buat pergerakan mendatar je, bila la harganya nak mengganas.”
Susulan raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mencapai semula di atas paras $27,000, penganalisis popular Rekt Capital meramalkan harganya bakal melonjak tinggi secara besar-besaran dalam masa terdekat ini.
Namun para pelabur perlu diingatkan bahawa harga BTC perlu melepasi zon rintangan kuatnya pada $27,600 terlebih dahulu sekiranya ingin meneruskan kenaikan, ulas penganalisis itu lagi sambil menambah situasi juga boleh berlaku sebaliknya.
Walaupun masih tidak pasti sama ada altcoin akan menyaksikan pergerakan bullish ataupun tidak, Rekt Capital berkata altcoin selalunya mengikuti momentum BTC, oleh itu ia kekal sebagai penanda utama untuk aset digital lain.
Sudah sedia maklum harga BTC sejak beberapa minggu lalu yang mengalami tekanan jualan apabila kerajaan Amerika Syarikat (AS) bimbang negaranya akan menghadapi default telah menyebabkan pelabur elak daripada melabur dalam aset berisiko.
Malah, pelabur turut bimbang pasaran kripto mungkin terkesan selepas Presiden AS Joe Biden mendedahkan perjanjian hutang dilaksanakannya sama sekali tidak akan melindungi pedagang aset digital.
Selain menasihati pedagang kripto harus mendapatkan kejelasan lebih lanjut untuk merancang pelaburan mereka dalam jangka panjang, Rekt Capital berpandangan harga BTC buat masa ini akan berlegar di zon sokongan $25,000 atau zon rintangan $27,600 sebelum menggunung lagi.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.32% pada paras $27,165 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $526 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 0.15% sepanjang minggu lepas.