BTC & USDC ‘Cedera’ Sebab Silicon Valley Bank Tapi Dah Sembuh?

226

“Adakah BTC kembali bertukar bullish?”

Selepas membuat penurunan, mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan USD Coin (USDC) pulih semula apabila pengawal selia kewangan terbesar kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan untuk selamatkan pendeposit di Silicon Valley Bank (SVB).

Mereka juga akan memelihara pendeposit yang tidak dilindungi sepenuhnya oleh insurans deposit persekutuan standard.

Federal Reserve (Fed), Jabatan Perbendaharaan dan Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) mengumumkan bahawa setiap pendeposit dapat mengakses wang masing-masing pada hari ini, iaitu 13 Mac 2023.

Namun, pemegang saham dan sesetangah pemegang hutang tidak bercagar sama sekali tidak akan dilindungi.

Tindakan tersebut berupaya memastikan sistem perbankan AS terus melaksanakan peranan pentingnya untuk melindungi deposit dan sediakan akses kredit pada isi rumah dan perniagaan melalui kaedah yang dapat tingkatkan pertumbuhan ekonomi.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan ahli pemimpin perniagaan seperti Bill Ackman, Mark Cuban dan syarikat Circle yang merupakan pengeluar stablecoin USDC telah menyeru kerajaan untuk membendung penularan daripada kegagalan SVB.

Menurut Jeremy Allaire, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Circle mengesahkan semua rizab USDC bernilai $3.3 bilion kini masih selamat dan operasi kecairan untuk USDC akan disambung semula pada pembukaan perbankan pagi esok.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC berjaya melonjak sebanyak 9.34% pada paras $22,327 dalam tempoh 24 jam lalu manakala USDC raih 1.50% mencecah $0.99.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat