Buat Julung Kalinya, Bursa & Ringgit Melonjak Bersama

183

Aktiviti bargain-hunting menjelang pembentangan Belanjawan 2023 negara mendorong pembukaan positif Bursa Malaysia untuk 2 sesi berturut-turut.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pemulihan pada bursa tempatan dijangka akan berterusan dengan minat pembelian wajaran tinggi terpilih dalam kaunter telekomunikasi, pengguna dan perbankan.

Selain itu, firma menjangkakan kaunter tenaga turut menjadi pilihan dengan berlakunya lantunan pada harga minyak sawit mentah.

Ekoran itu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) naik 6.90 mata pada 1,416.26 daripada penutupan Selasa pada 1,409.36 dengan pembukaan baik 4.31 mata pada 1,413.67.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 262 atasi kerugian pada 60, manakala 176 kaunter pula tidak berubah, 1,832 tidak didagangkan dan 6 digantung.

Jumlah perolehan pada 226.75 juta unit bernilai RM63.55 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB Group Holdings Bhd capai 2 sen pada RM8.70 dan RM5.25, Public Bank Bhd tambah 5 sen pada RM4.32 dan Petronas Chemicals Group Bhd lonjak 4 sen pada RM8.43 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM5.85.

Saham aktif memperlihatkan MMAG Holdings Bhd kumpul 2 sen pada 5.5 sen, ATA IMS Bhd lonjak 0.5 sen pada 31.5 sen, Hibiscus Petroleum Bhd capai 4.5 sen pada 91.5 sen sementara SNS Network Technology Bhd kekal pada 27 sen dan Xidelang Holdings Ltd mendatar pada 2 sen.

Di papan indeks, FBM Emas maju 49.98 mata pada 10,100.89, FBM 70 raih 60.53 mata pada 12,241.24, FBMT 100 Index canak 48.15 mata pada 9,850.98, FBM Emas Shariah tambah 52.90 mata pada 10,122.44 dan FBM ACE kukuh 40.86 mata pada 4,749.86.

Segi sektor, indeks Tenaga tambah 12.35 mata pada 696.87, indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 60.58 mata pada 16,152.01, indeks Produk serta Perkhidmatan naik 1.05 mata pada 170.91 dan indeks Perladangan canak  23.91 mata pada 6,461.97.

Sementara itu, ringgit bergerak kukuh 4.6355/6400 berbanding dolar daripada penutupan Selasa pada 4.6420/6450.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat