Buat Julung Kalinya! Emas Gah Tembus All-Time High Ke Paras $2,152

1,099

Emas buat pertama kalinya berjaya melepasi paras tertinggi dalam sejarah dengan mencapai tahap $2,152 semalam (Rabu).

Ini merupakan sesi keenam dagangan berturut-turut bagi XAU/USD memacak tinggi sejak laporan ekonomi PCE AS Khamis minggu lepas yang memberi kelebihan kepadanya untuk bergerak positif.

Harga emas kini berada pada paras $2,146.26 iaitu turun sebanyak 0.09% sejak pembukaan dagangan awal pagi tadi.

Berdasarkan ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell malam tadi, beliau menyatakan bahawa Fed tidak melihat sebarang risiko kemelesetan AS yang akan berlaku buat masa ini.

Tinjauan bank pusat AS mengenai inflasi kekal menjadi tumpuan para pelabur yang mengharapkan berlakunya pemotongan kadar faedah pada tahun ini.

Katanya lagi, pergerakan positif mengenai data inflasi sedang berjalan menuju sasaran dan Fed masih menantikan lebih banyak data-data penting untuk mengheretnya ke kawasan 2% buat masa sekarang.

Situasi pasaran kini mendorong para pelabur untuk mengambil keuntungan dalam emas selepas ia memecahkan rekod terakhirnya pada 4 Disember 2023.

Kegagalan laporan ADP Employment Change untuk Februari membantu ia mengukuhkan harapan pasaran bagi meredakan keadaan ekonomi di AS. Perubahan Pekerjaan ADP pada Februari mencapai 140,000 berbanding ramalan 150,000.

Selain itu, pada penghujung minggu esok akan disajikan dengan satu data high impact iaitu Non-Farm Payrolls (NFP) AS yang dijangkakan akan berkurang kembali kepada 200,000 daripada paras tertinggi bulan lepas iaitu 353,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat