Buffett Diundi Keluar Dari Jawatan Pengerusi Berkshire?

877

‘Orang tu dah lama pegang jawatan, baru sekarang nak dipersoalkan? ‘

Waren Buffett sangat sinonim dengan Berkshire Hathaway Inc, namun terdapat ura-ura mengatakan bahawa jawatan pengerusi yang disandangnya dari 1965 bakal digantikan pada mesyuarat tahunan yang akan diadakan 30 April ini.

Perkara tersebut telah diketengahkan oleh California Public Employees’ Retirement System (CalPERS), dana pencen awam terbesar Amerika Syarikat (AS), yang mencadangkan para pemegang saham mengundi untuk menggantikan jawatan pengerusi yang dipegang Buffett, namun mengekalkan posisi beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Cadangan tersebut telah dikemukan CalPERS, yang melabur US$450 bilion termasuk $2.3 bilion saham di Berkshire, ekoran kerana ia merasakan peranan CEO dan pengerusi ‘tiada garis halus’ apabila seseorang memegang kedua-duanya.

Berkshire setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut untuk mengesahkan perkara tersebut, namun, syarikat konglomerat itu dijangka menolak cadangan yang diketengahkan CalPERS.

Menurut Naib Pengerusi Berkshire, Greg Abel, Howard Buffett anak kepada Waren dirancang untuk menjawat jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif selepas pemergian bapanya.

Tambahnya lagi, seseorang di luar pengurusan harus menjadi pengerusi selepas pemergian Buffett namun jutawan itu mesti kekal sebagai pengerusi dan CEO.

Umum mengetahui bahawa Buffett mengawal 32% kuasa undian Berkshire dengan memiliki sebanyak 16% saham syarikat tersebut dan sebarang cadangan oleh pemegang saham sebelum ini pasti menemui kegagalan dengan margin besar.

Dalam pada itu, Insightia melaporkan CalPERS menyokong pengarah AS sebanyak 72% pada tahun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat