“Adakah ini masanya untuk harga MATIC naik lebih tinggi?”
Buat kali pertama, Polygon Labs melalui ChatGPT telah memperkenalkan platform Artificial Intelligence (AI) tanpa kod yang direka untuk menerangkan asas mata wang kripto diasaskannya MATIC kepada semua peminatnya.
Platform AI itu yang digelar Polygon Copilot telah dilatih tentang semua dokumentasi MATIC dan kandungan Web3, oleh itu ia dapat menawarkan analitik, panduan berhubung pelbagai aspek ekosistem dan sebagainya.
Umum mengetahui bahawa Polygon Copilot dikuasakan secara khusus oleh Layer-E, iaitu sebuah syarikat startup memfokuskan content monetization* Web3 dan OpenAI ChatGPT yang dikeluarkan beberapa bulan lalu.
*Satu cara untuk memanfaatkan content supaya, apabila pengguna menggunakannya, anda memperoleh wang
Melalui platform Polygon Copilot, para pelanggan boleh mendapatkan pelbagai maklumat seperti non-fungible token (NFT), Decentralizes Applications (DApps), gaming, Decentralized Applications (DApps) dan social network.
Selain memenuhi keperluan maklumat semua pengguna, reka bentuk platformnya juga dapat memudahkan pengguna menavigasi, tidak kiralah sama ada mereka seorang pembina, peminat atau hanya pengguna yang ingin tahu.
Pada masa sama, ia menyimpan chats lalu untuk membenarkan pengguna menjejaki perbualan mereka, bagaimanapun history chats hanya tersedia bagi pengguna yang menyambungkan akaun MetaMask mereka ke Polygon Copilot.
Sebagai rekod, pengeluaran platform itu telah datang sehari selepas pasukan kejuruteraan MATIC menerbitkan cadangan untuk naik taraf sidechain MATIC Proof-of-Stake (PoS) kepada rangkaian Layer-2 dikenali sebagai ‘zkEVM Validium’ ataupun Polygon 2.0.
Setakat penulisan ini, harga MATIC melonjak sebanyak 8.23% pada paras $0.70 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $6 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan sekitar 14.52% sepanjang minggu lepas.