“Hmm agaknya ramalan ini akan tercapai tak?”
Thomas Kralow, pengasas dan pengurus Kralow Capital baru-baru ini mendedahkan ramalannya dengan menjangkakan harga mata wang kripto Ripple (XRP) bakal menggunung sehingga $30 dalam tempoh jangka pendek.
Kralow dilaporkan tetap memberi pandangannya berhubung pergerakan harga aset digital itu walaupun pertempuran undang-undang antara XRP serta Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) sehingga kini masih belum selesai.
Hal ini kerana beliau sungguh percaya kemajuan XRP dalam kes tersebut dapat memacukan lagi harga aset digital itu lebih tinggi dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi susulan minat pemain pasaran kripto terhadap XRP akan semakin meningkat.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa Kralow berpandangan harga XRP dapat mencecah $10 sehingga $30 yang berkemungkinan didorong oleh sentimen positif mengelilingi aset digital itu.
Suka dimaklumkan ramalan itu adalah sejajar dengan penganalisis lain apabila terdapat seorang pengulas pasaran kripto popular didapati meramalkan XRP akan capai $10 melalui beberapa peristiwa penting yang dapat cetuskan kenaikan harganya.
Menurut beliau, pertempuran undang-undang yang berpihak kepada XRP dapat melonjakkan harganya pada $3.50 seterusnya melepasi $5 sekiranya bursa kripto menyenaraikan semula XRP dalam platform mereka.
Sementara pengulas pasaran kripto itu turut berpendapat tawaran awam permulaan (IPO) daripada XRP mungkin dapat menaikkan harganya pada $7 mahupun $10 jika terdapat perkongsian strategik bersama institusi perbankan.
Dalam pada itu, pemegang besar XRP dikenali sebagai whales dalam pasaran kripto dilaporkan telah mengumpul lebih 1.1 bilion aset digital itu bernilai $570 juta sejak Februari 2023, di mana kini harganya susut 0.62% pada paras $0.47 dalam tempoh 24 jam lalu.