Bursa Akhirnya Kecundang, Kebimbangan Krisis Geopolitik Jadi Punca

820

Pada jam 9.15 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.78 mata pada 1,603.24 daripada penutupan Khamis pada 1,605.02.

Indeks dibuka 3.28 mata pada 1,601.74.

Ia dibuka dalam pengunduran daripada keuntungan hasil menjejaki prestasi lemah pasaran Wall Street yang dibawah tekanan krisis geopolitik Rusia-Ukraine.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 314 berbanding 143, manakala 249 kaunter pula tidak berubah, 1,533 tidak didagangkan dan 11 digantung.

Jumlah perolehan pada 345.68 juta unit bernilai RM185.3 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd berkata ketegangan krisis Rusia-Ukraine telah menyebabkan pasaran saham global bergelora.

Bagi pasaran tempatan pula, aktiviti profit-taking muncul di syarikat berasaskan minyak sawit mentah ekoran rali yang kukuh pada Khamis.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Kuala Lumpur Kepong Bhd maju 32 sen pada RM26.12, CIMB Group Holdings Bhd hilang 4 sen pada RM5.59, Maybank jatuh 3 sen pada RM8.65, Petronas Chemicals Group Bhd turun 7 sen pada RM9.23 dan IHH Healthcare Bhd tambah 3 sen pada RM6.62.

Saham aktif memperlihatkan SMTrack Bhd kekal pada 24 sen, Datasonic Group Bhd naik 2 sen pada 49 sen dan Niche Capital Emas Holdings Bhd tambah 2.5 sen pada 18 sen.

Di papan indeks, FBM ACE mundur 40.71 mata pada 6,295.92, FBM 70 kurang 60.78 mata pada 13,753.81, FBM Emas turun 21.01 mata pada 11,447.64, FBMT 100 jatuh 20.45 mata pada 11,127.79 dan FBM Emas Shariah kekal pada 12,208.02.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengurang 61.65 mata pada 16,403.97, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 0.82 mata pada 210.96 dan indeks Perladangan mekar 10.74 mata pada 7,978.01.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat