Bursa Buat Lantunan Mengejut Untuk Dibuka Meningkat

127

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.22 mata pada 1,446.46 daripada penutupan hari Isnin pada 1,441.24.

Indeks dibuka kukuh 2.06 mata pada 1,443.30.

Bursa dibuka dalam lantunan mengejut pagi ini hasil sokongan minat belian baharu terhadap saham wajaran tinggi terpilih, selari dengan sentimen positif di pasaran serantau.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 196 mengatasi kaunter rugi pada 98, manakala 200 kaunter pula tidak berubah, 1,781 tidak didagangkan dan 19 digantung.

Jumlah perolehan pada 130.05 juta unit bernilai RM54.57 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn, Thong Pak Leng berkata pasaran serantau dijangka memulih pada hari ini, mencerminkan prestasi kukuh Wall Street.

Rentetan itu, firma tersebut menjangkakan aktiviti bargain-hunting tidak akan muncul ekoran saham cip biru sudah matang dengan KLCI mungkin berada di paras sekitar 1,435 ke 1,455.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM8.65 dan RM4.90, Public Bank Bhd tambah 3 sen pada RM4.46, Petronas Chemicals Group Bhd capai 1 sen pada RM9.49 dan IHH Healthcare Bhd lonjak 5 sen pada RM6.38.

Saham aktif memperlihatkan MNC Wireless Bhd kekal pada 1.5 sen sementara SFP Tech Holdings Bhd mekar 1 sen pada 67 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) capai 1.5 sen pada 76.5 sen dan Cnergenz Bhd serta Sapura Energy Bhd kukuh 0.5 sen pada 60.5 sen dan 40 sen.

Di papan indeks, indeks  FBM Emas mencapai 37.14 mata pada 10,299.37, indeks FBM Emas Shariah mengukuh 44.88 mata pada 10,449.92, FBM 70 meningkat 50.88 mata pada 12,414.74, FBM ACE mencanak 26.85 mata pada 4,764.41 and indeks FBMT 100 menambah 37.45 mata pada 10,044.44.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 24.11 mata pada 16,069.10, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengukuh 0.70 mata pada 184.18 sementara indeks Perladangan menghilang 34.86 mata pada 7,079.64.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat