Bursa Dibuka Dalam Lantunan Positif Walaupun Pasaran Ekuiti Global Susut

156

Sesi dagangan Bursa Malaysia bercampur selepas dibuka lemah sebelum melantun sedikit walaupun pasaran ekuiti global mengalami penurunan mendadak.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.55 mata pada 1,412.87 daripada penutupan hari Rabu pada 1,411.32.

Indeks dibuka lemah 2.49 mata pada 1,408.83.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 131 mengatasi kaunter untung pada 112, manakala 203 kaunter pula tidak berubah, 1,830 tidak didagangkan dan 8 digantung.

Jumlah perolehan pada 95.71 juta unit bernilai RM39.55 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam notanya menceritakan bahawa kadar inflasi tahunan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat 9.1% pada bulan Jun telah menyebabkan pasaran ekuiti global bertukar negatif.

Namun, pasaran tempatan memperlihatkan aktiviti bargain-hunting yang akan terus mendorong KLCI berada dalam paras sokongan 1,400 dengan sentimen kekal berhati-hati.

Dalam pada itu, firma tersebut menjangkakan indeks akan berada dalam julat antara 1,405 ke 1,425 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM8.61 dan RM5.09, Public Bank Bhd turun 1 sen pada RM4.36, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 3 sen pada RM7.91 dan IHH Healthcare Bhd naik 4 sen pada RM6.46.

Saham aktif memperlihatkan Metronic Global Bhd naik 1.5 sen pada 8.5 sen, MAG Holdings Bhd dan Borneo Oil Bhd kekal pada 18 sen dan 2.5 sen manakala  XOX Networks Bhd capai 1 sen pada 3 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 10.80 mata pada 10,034.40, indeks FBM Emas Shariah melonjak 17.81 mata pada 10,057.73, FBM 70 mengukuh 18.46 mata pada 12,055.86, indeks FBMT 100 mencanak 11.76 mata pada 9,797.73, dan FBM ACE meraih 31.16 mata pada 4,570.14.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 11.93 mata pada 16,008.27, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.63 mata pada 167.34 dan indeks Perladangan menguncup 17.43 mata pada 6,669.27.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat