Bursa Kripto Telah Mula Kenakan Sekatan, Coinbase Akhirnya Umum Pendirian Mereka!

1,864

Coinbase merupakan antara bursa mata wang kripto terbesar di dunia dan platform kripto pertama yang telah disenaraikan di Bursa Saham Amerika Syarikat. Juster tidak hairan segala tindakan dan pengumuman dari Coinbase menjadi perhatian para komuniti kerana ia dilihat berpotensi untuk memberi kesan kepada pasaran kripto.

Sejak akhir-akhir ini, ketegangan antara Rusia dan Ukraine semakin membimbangkan. Beberapa bursa kripto antaranya seperti Bithumb dan Upbit telah mengenakan sekatan ke atas pengguna Rusia. Telah menjadi tanda tanya, apakah pendirian yang di ambil oleh Coinbase dalam hal ini?

Pada hari ini, Coinbase mengumumkan bahawa mereka belum bersedia untuk menyekat pengguna yang berpangkalan di Rusia daripada mengakses perkhidmatan mereka. Dengan kata lain, Coinbase tida ingin terlibat secara langsung dalam kemelut ini.

Setakat ini kebanyakkan negara telah mengenakan sekatan yang teruk, majoriti dalam kewangan. Tambahan pula perkhidmatan SWIFT bank Rusia turut dihentikan. Atas dasar itu, kebanyakkan orang ramai ‘dilihat’ mula bergantung kepada pertukaran mata wang kripto.

Walaupun beberapa syarikat Korea Selatan dilaporkan memutuskan untuk mengenakan sekatan namun bursa kripto lain seperti Binance dan Kraken tidak berkehendak untuk ikut serta.

Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase, Brian Armstrong memilih ikut serta Binance dalam hal ini. Beliau percaya risiko oligarki Rusia menggunakan kripto untuk mengelakkan sekatan adalah agak kecil. Ini kerana aset digital menggunakan rantaian blok di mana setiap transaksi direkodkan dan dipaparkan secara telus. Hal ini bermakna sebarang perkara yang di luar jangkaan dapat dikesan. Armstrong juga menyatakan bahawa rakyat biasa boleh melihat kelas aset kripto “sebagai talian hayat” di tengah kejatuhan Ruble.

Namun begitu, Armstrong memberi amaran bahawa pendirian Coinbase boleh berubah pada masa hadapan, dengan berkata, “jika kerajaan AS memutuskan untuk mengenakan larangan, Coinbase akan akur dan mengikut undang-undang tersebut.”

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat