Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Ikuti Prestasi Nasdaq Semalaman

213

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 6.65 mata pada 1,537.98 daripada penutup Rabu pada 1,531.33 selepas melihat petunjuk daripada prestasi semalaman Nasdaq apabila pelabur menilai keputusan Federal Reserve (Fed) untuk memulakan pengurangan pembelian aset (tapering) akhir bulan ini.

Indeks dibuka 4.44 mata lebih tinggi pada 1,535.77.

Pasaran meluas menyaksikan keuntungan atasi kerugian dengan 207 berbanding 154 manakala 293 kaunter tidak berubah, 1,637 tidak didagangkan dan 19 digantung.

Perolehan jumlah pada 187.68 unit bernilai RM91.88 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan langkah Fed yang memperkenalkan pengurangan pembelian bon bermula bulan ini adalah dalam jangkaan konsensus dan keadaan pasaran keseluruhan di Amerika Syarikat (AS) masih positif.

Bagi pasaran komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) didagangkan RM5,000 per tan manakala harga minyak Brent didagangkan kurang menentu pada paras harian US$84.88 atau RM351.52 susut US$81 pada masa artikel ini ditulis kerana pengeluaran minyak Arab Saudi dilaporkan melepasi 10 juta tong sehari dek penularan wabak Covid-19.

Maka para pelabur mungkin mempertimbangkan sektor bertemakan pemulihan seperti pelancongan dan penerbangan manakala untuk jangka pendek tumpuan pada laporan November yang akan datang.

Saham wajaran berat menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) bertambah 3 sen pada RM8.03, Public Bank Bhd meningkat 1 sen pada RM4.05, Petronas Chemicals (PetChem) menokok 2 sen pada RM8.33 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencanak 4 sen pada RM9.62 sementara IHH Healthcare kekal RM6.52.

Saham aktif memperlihatkan NMP Holding naik 2.5 sen pada 32.5 sen, Scope Industries Bhd dan Dagang NeXchange (DNeX) tambah 1 sen setiap satu pada 39.5 sen dan 79.5 sen sementara Sapura Energy Bhd dan Tanco Holdings Bhd kekal 10 sen dan 27 sen.

Di papan indeks, indeks Emas meningkat 52.12 mata ke 11,410.63, indeks FBMT 100 bertambah 41.45 mata ke 11,026.18, indeks FBM Emas Shariah menokok 66.99 mata ke 12,466.61 dan FBM ACE mencanak 21.709 mata ke 7,129.21 manakala FBM 70 mencapai 32.51 mata ke 15,123.71.

Indeks Industrial Products and Services bertambah 0.48 mata ke 203.53, indeks perladangan berkembang 32.82 mata ke 6,821.32 dan indeks perkhidmatan kewangan memacu 48.21 mata ke 15,235.30.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat