Hari ini, Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pagi lebih rendah disebabkan pengambilan keuntungan dalam saham wajaran tinggi terpilih. Ia mencerminkan prestasi Wall Street yang lemah baru-baru ini.
Tepat jam 12.30 tengahari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.44 mata kepada 1,454.96 berbanding semalam 1,463.40.
Indeks barometer mencapai paras tertinggi 1,460.59 pada pagi dan kemudiannya turun ke paras rendah 1,454.52 sebelum ditutup tengahari tadi.
Suasana pasaran hari ini adalah negatif di mana kaunter rugi mendahului untung sebanyak 476 berbanding 287. Manakala, 423 kaunter tidak berubah, 1,188 tidak diniagakan.
Malacca Securities Bhd melaporkan aktiviti pengambilan untung pasaran Nvidia yang melebihi anggaran dan firma itu menjangkakan aktiviti pengambilan untung boleh tersebar ke arah saham tempatan.
Menurutnya lagi, KDNK meningkat sebanyak 3.3% pada suku ketiga 2023 mendorong para trader menumpukan perhatian pada musim laporan yang akan datang.
Antara kaunter wajaran tinggi seperti Malayan Banking Bhd. rugi satu sen kepada RM9.10, Public Bank Bhd. rugi satu sen kepada RM4.26, CIMB Group Holdings Bhd. turun tiga sen kepada RM5.76, Petronas Chemicals Group Bhd. turun 14 sen kepada RM7.24 dan Tenaga Nasional Bhd. turun empat sen kepada RM9.98.
Capital A meningkat tiga sen kepada 86 sen, Widad Group turun kepada 46 sen, Perdana Petroleum rugi 1.5 sen dan My E.G. Services meningkat kepada 82 sen.