Bursa Malaysia Lancarkan Aplikasi Mudah Alih Untuk Pemegang Akaun CDS!

664

Bursa Malaysia Berhad telah mengambil inisiatif dengan melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai Bursa Anywhere (APP) bagi membantu para pemegang akaun Central Depository Service (CDS) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak pertengahan bulan lalu.

Aplikasi tersebut membolehkan para pemegang CDS menguruskan akaun mereka secara jarak jauh. Oleh itu, mereka boleh mengaktifkan semula akaun secara atas talian tanpa sebarang urusan dengan pihak broker. Tambahan daripada itu, sebarang caj pengaktifan semula akaun tidak akan dikenakan jika menggunakan aplikasi berkenaan dari 10 April hingga 10 Julai 2020.

Selain itu, ianya dapat memberikan kemudahan kepada para pelabur serta menjimatkan masa mereka. Hal ini demikian kerana mereka boleh mengakses akaun tersebut hanya dengan menggunakan telefon pintar.

Bukan itu sahaja! Aplikasi berkenaan turut dilengkapi dengan beberapa ciri iaitu :

*Pemindahan saham di antara akaun CDS pelabur melalui FPX
*Konsolidasi akaun CDS pelabur (jika mereka mempunyai pelbagai jenis akaun)
*Nilai portfolio market-to-market (untuk sekuriti)
*Pembaharuan perkhidmatan maklumat CDS sendiri
*Makluman mengenai pengumuman korporat untuk portfolio pelabur
*Akses kepada e-penyata dengan arkib 12 bulan

Menurut CEO Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Umar Swift berkata, organisasi berkenaan begitu komited dalam mengamalkan langkah bagi meminimumkan kesan buruk penularan wabak COVID-19 serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan para pelabur. Oleh itu, aplikasi ini dilancarkan bagi memudahkan mereka untuk mengakses akaun melalui telefon pintar dan hanya perlu duduk di rumah serta tidak perlu menjalankan sebarang urusan dengan pihak broker.

Sementara itu, beliau mendedahkan bahawa akan terus memperluaskan sistem digital mereka bagi membolehkan akses yang berterusan serta memberikan impak terhadap pasaran.

Untuk pengetahuan semua, Bursa Anywhere telah dilancarkan pada bulan Jun 2019 serta mencatatkan lebih daripada 40,000 muat turun. Jadi, para pemegang akaun CDS boleh memuat turun APP dari Apple Store dan Google Play Store untuk membolehkan anda untuk mengakses akaun masing-masing. Segalanya hanya di hujung jari anda!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat