Bursa Melantun Dari Kerugian Sejak Awal Minggu

137

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.38 mata pada 1,594.19 daripada penutupan Selasa pada 1,585.81.

Indeks dibuka kukuh 2.97 mata pada 1,588.78.

Ia dibuka tinggi hasil dorongan sentimen pasaran yang positif apabila pelabur mengikuti rapat pasaran ekuti dunia.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 279 berbanding 103, manakala 213 kaunter pula tidak berubah, 1,708 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 278.91 juta unit bernilai RM141.4 juta.

Public Investment Bank Bhd berkata bursa tempatan mengambil isyarat Wall Street yang positif semalaman, apabila pelabur menjangkakan pengetatan dasar monetari Federal reserve (Fed).

Selain itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata disebabkan sesi dagangan yang kurang menentu, indeks dijangka berada di paras 1,580 ke 1,595 pada Rabu.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH Healthcare naik 5 sen pada RM8.88 dan RM6.56 sementara PBBank, PChem dan CIMB tambah 4 sen pada RM4.66, RM9.62 dan RM5.34.

Saham aktif memperlihatkan CSH tambah 2 sen pada 18 sen, TWL capai 0.5 sen pada 6 sen, ATA IMS lonjak 3 sen pada 43 sen dan AT kekal pada 2 sen.

Di papan indeks, FBM 70 mencanak 85.65 mata pada 13,622.74, FBM ACE mencapai 66.68 mata pada 5,502.09, indeks FBM Emas mengukuh 57 mata pada 11,359.28, indeks FBM Emas Shariah melonjak 49.84 mata pada 11,964 dan indeks FBMT 100 menyusut 60.77 mata pada 11,059.1.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 1.36 mata pada 203.17, indeks Perladangan mengurang 17.54 mata pada 8,035.79 dan indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 116.62 mata pada 16,702.60.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat