Bursa Mula Lemah Tapi Naik Kemudiannya, Ini Pelabur Perlu Tahu

287

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.15 mata pada 1,558.79 daripada penutupan Selasa pada 1,557.41.

Indeks dibuka lemah 3.15 mata pada 1,554.26.

Ia dibuka lemah kemudian melantun sedikit selepas itu apabila Wall Street memasuki rali kenaikan dengan harga minyak mentah susut semasa dalam pasaran tidak menentu sementara tumpuan terarah kepada jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 305 berbanding 104, manakala 183 kaunter pula tidak berubah, 1,719 tidak didagangkan dan 14 digantung.

Jumlah perolehan pada 190.26 juta unit bernilai RM123.38 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran Wall Street memasuki rali positif termasuk hasil AS.

Tambahnya lagi, bursa tempatan dijangka mengalami aktiviti bargain-hunting walaupun sentimen kekal berhati-hati dan KLCI dijangka akan berada dalam aliran pada paras 1,550 ke 1,570 hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd canak 9 sen pada RM8.76, Public Bank Bhd tambah 2 sen pada RM4.50, Petronas Chemicals Group Bhd naik 4 sen pada RM9.24, CIMB Group Holdings Bhd capai 7 sen pada RM5.16 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.40 dan Tenaga Nasional Bhd susut 2 sen pada RM9.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd lonjak 3.5 sen pada 95.5 sen, Hibiscus Petroleum Bhd macu 4 sen pada RM1.06 dan Widad Group Bhd tambah 0.5 sen pada 34.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menaik 33.16 mata pada 11,010.69, indeks FBM Emas Shariah mencapai 55.89 mata pada 11,596.71, FBM 70 melonjak 117.61 mata pada 12,894.65, indeks FBMT 100 menambah 28.35 mata pada 10,734.55 dan FBM ACE mencapai 66.44 mata pada 5,205.15.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melonjak 1.19 mata pada 197.38, indeks Perladangan mekar 36.7 mata pada 7,941.28 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 29.72 mata pada 16,282.83.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat