Bursa Saham Asia Dan Malaysia Dibuka Kukuh Pada Awal Sesi Dagangan Asia.

51

Bursa Asia dibuka kukuh pada awal sesi perdagangan hari Rabu pada awal tahun ini. Pengukuhan ini didorong kenaikan saham Wall Street.

Peningkatan saham Wall Street mencata kenaikan 0.42%. Indeks saham teknologi seperti saham Apple, Facebook, Alphabet dan Microsoft mencatat kenaikan.

Di Australia, indeks S&P/ASX 200 naik sedikit 0.14% terdorong oleh saham-saham di sektor penggalian minyak. Rio Tinto dan BHP, dua syarikat galian minyak terbesar, masing-masing naik 2.04% dan 2.22%.

Indeks MSCI, saham Asia Pasifik di luar Jepun, naik sedikit 0.1% setelah melonjak naik 1.4%. Indeks Kospi Korea Selatan naik 0.17% pada awal sesi dagangan didorong oleh saham-saham teknologi. Samsung Electronics dan SK Hynix masing-masing naik 0.94% dan 1.74%. Indeks Nikkei Jepun, masih lagi ditutup berikutan cuti tahun baru.

Bursa Malaysia melonjak naik pada hari ini apabila mencatat peningkatan setelah dirangsang sentimen positif dan kenaikan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat