Bursa Tempatan Juga Tumbang, Adakah Data NFP Puncanya?

235

Kekurangan minat belian pada kaunter Bursa Malaysia membuatkan indeks utama berundur dari pembukaan positif pagi ini.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.28 mata pada 1,482.08 sebelum turun 8.52 mata pada 1,473.28 berbanding penutupan Jumaat pada 1,481.80.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 297 atasi kerugian pada 249, manakala 287 kaunter pula tidak berubah, 1,398 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 830.01 juta unit bernilai RM239.47 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, pengumuman ahli Kabinet baru-baru ini mendorong lonjakan pada KLCI dengan indeks dijangka berlegar antara julat 1,480-1,500 dan minat pembelian diramal berlaku pada kaunter perbankan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 4 sen pada RM8.54, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 3 sen pada RM4.38 dan RM5.61, Petronas Chemicals Group Bhd susut 2 sen pada RM8.50, Tenaga Nasional Bhd (TNB) kuncup 13 sen pada RM8.25 dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM5.83.

Saham aktif memperlihatkan MQ Technology Bhd naik 1.5 sen pada 7 sen, SMTrack Bhd tambah 1 sen pada 7.5 sen, Advance Synergy Bhd lonjak 0.5 sen pada 18.5 sen, Jiankun International Bhd raih 2.5 sen pada 28.5 sen, Icon Offshore Bhd kekal pada 15.5 sen dan Borneo Oil Bhd mendatar pada 2 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 41.34 mata pada 10,611.86, indeks FBMT 100 jatuh 47.01 mata pada 10,310.14, indeks FBM Emas Shariah susut 41.30 mata pada 10,836.62, FBM 70 kurang 9.43 mata pada 13,061.76 sementara FBM ACE raih 45.31 mata pada 5,411.20.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan susut 87.77 mata pada 16,358.65, indeks Produk serta Perkhidmatan turun 0.50 mata pada 181.32, indeks Perladangan jatuh 18.79 mata pada 6,789.06 sementara indeks Tenaga naik 12.12 mata pada 812.23.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat