Bursa Tempatan Terima Nasib Sama, Tumbang Ke Wilayah Merah

169

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.94 mata pada 1,575.04 daripada penutupan hari Khamis pada 1,582.98.

Indeks dibuka lemah 8.83 mata pada 1,574.15.

Ia dibuka di wilayah merah selepas menjejaki penurunan pada Wall Street apabila berlaku penjualan mega ekoran hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras 3.0%.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 435 mengatasi untung pada 55, manakala 156 kaunter pula tidak berubah, 1,592 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 180.54 juta unit bernilai RM103.91 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menyatakan bahawa pasaran serantau menerima tempias daripada penuruan mendadak pada Wall Street.

Oleh itu, beliau berpendapat KLCI mungkin berada di paras 1,570-1,585 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kekal pada RM8.99, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd hilang 1 sen pada RM4.62 dan RM5.10, Petronas Chemicals Group Bhd susut 12 sen pada RM10.18 dan IHH Healthcare Bhd turun 2 sen pada RM6.58.

Saham aktif memperlihatkan PUC Bhd pulih 0.5 sen pada 6.5 sen, Muhibbah Engineering (M) Bhd tambah 4 sen pada 56.5 sen sementara Bintai Kinden Corp Bhd, PDZ Holdings dan Saudee Group kekal pada 12.5 sen, 4.5 sen dan 5.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE menyusut 49.06 mata pada 5,525.50, FBM 70 merudum 125.14 mata pada 13,498.41, indeks FBM Emas mengecil 69.86 mata pada 11,279.90, indeks FBMT 100 mengecut 65.87 mata pada 10,933.64 dan indeks FBM Emas Shariah menurun 83.23 mata pada 11,816.77.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 60.51 mata pada 16,650.81, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 1.53 mata pada 207.26 dan indeks Perladangan menyusut 106.11 mata pada 8,657.83.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat