Bursa Turut Bermula Sederhana Menjelang Tahun Baru

118

Pasaran tempatan mencatat sedikit keuntungan sederhana pada permulaan minggu terakhir 2022 di sebalik pembukaan lemah.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.29 mata pada 1,474.39 sebelum naik 0.40 mata pada 1,475.08 berbanding penutupan Jumaat pada 1,474.68.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 255 atasi kerugian pada 211, manakala 298 kaunter pula tidak berubah, 1,506 tidak didagangkan dan 12 digantung.

Jumlah perolehan pada 456.55 juta unit bernilai RM192.39 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, lantunan pada Wall Street pada Jumaat lalu mempengaruhi pergerakan di samping berita China berkenaan dasar sifar-Covid.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank hilang 1 sen pada RM8.77, Public Bank Bhd turun 4 sen pada RM4.40 dan Petronas Chemicals Group Bhd kurang 6 sen pada RM8.34 sementara Sime Darby Plantation Bhd raih 7 pada RM4.42, Digi.Com Bhd canak 4 sen pada RM3.88 dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd tambah 5 sen pada RM4.73.

Saham aktif memperlihatkan Borneo Oil Bhd kekal pada 2.5 sen and Industronics Bhd mendatar pada 9 sen sementara Top Glove Corp Bhd tambah 5.5 sen pada 87.5 sen dan Berjaya Corp Bhd naik 2 sen pada 30.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 19.12 mata pada 10,608.41, indeks FBM Emas Shariah tambah 49.22 mata pada 10,756.94, indeks FBM 70 lonjak 78.14 mata pada 13,059.75, indeks FBMT 100 Index canak 16.12 mata pada 10,317.31 sementara indeks FBM ACE susut 34.84 mata pada 5,445.83.

Segi sektor, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.15 susut 179.07,  indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 65.17 mata pada 16,558.86 sementara indeks Perladangan kumpul 27.62 mata pada 6,812.85 dan indeks Tenaga naik 3.46 mata pada 785.21.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat