Bye Covid! Australia Rasmi Buka Semula Sempadan Negara

397

Isnin, menandakan hari bersejarah untuk Australia membuka sepenuhnya sempadan antarabangsa kepada pelancong yang lengkap divaksinasi setelah hampir dua tahun ditutup akibat pandemik Covid-19.

Lebih daripada 50 penerbangan antarabangsa dijadualkan tiba ke negara itu sepanjang hari ini, termasuk 27 daripadanya akan mendarat di Sydney, bandar terbesarnya yang popular dengan lokasi menarik untuk pelancongan.

Hal ini dilihat akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Australia yang kini sedang beransur pulih berikutan kebergantungannya juga terletak pada aktiviti pelancongan.

Pelancongan merupakan salah satu industri terbesar Australia yang bernilai lebih daripada A$60 bilion dan menggaji kira-kira 5% tenaga kerja di negara itu.

Walaupun begitu, negara itu masih belum sepenuhnya bebas daripada wabak coronavirus disebabkan oleh varian Omicron yang menyerang negara itu. Namun, Omicron dilihat telah melepasi kemuncaknya dengan kemasukan ke hospital semakin menurun sejak tiga minggu lalu.

Keyakinan bahawa ekonomi Australia akan berkembang lebih pesat susulan pembukaan ini, menjadi faktor tambahan kepada kenaikan yang dipaparkan dolar Aussie pada sesi dagangan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat