CAD Melonjak Kemudian Lemah Semula Pada Rabu? Ini Sebabnya.

578

Matawang CAD membuat lonjakan pada Rabu selepas Bank of Canada (BoC) mengumumkan polisi monetari semasa di mana kadar faedah dinaikkan daripada 1.25% kepada 1.50%.

Walaupun kenaikan kadar faedah sudah dijangka oleh pasaran, tetap saja CAD menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan USD/CAD menjunam sebanyak 80 pip.

Namun, pengukuhan CAD gagal diteruskan selepas pukul 11 malam pada Rabu, berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia secara keseluruhan. Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) jatuh sehingga 5% dengan minyak Brent jatuh sehingga 6.7%.

Dengan junaman harga minyak mentah sekitar pukul 11 malam pada Rabu, sekaligus telah memadam pengukuhan matawang CAD yang merupakan salah satu daripada matawang komoditi.

Matawang CAD sememangnya mudah terkesan dengan pergerakan harga minyak mentah kerana sebahagian besar eksportnya adalah dalam bentuk minyak mentah ke Amerika Syarikat. Sebab itu bila harga minyak mentah jatuh, menyebabkan kenaikan USD/CAD.

Selain itu, kejatuhan mendadak matawang CAD juga disokong oleh hakikat bahawa kenaikan kadar faedah itu sememangnya telah dijangka oleh pasaran walaupun ada lonjakan awal selepas polisi diumumkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat