Calon Kongres Buat U-Turn, Pelan Hala Tuju LUNAC Dilihat Menarik!

378

Calon kongres dan pengasas Gokhshtein Media, berkata Pelan Hala Tuju Kebangkitan Terra Classic (LUNC) dilihat menarik dan mengiurkan. Beliau sebelum ini merupakan individu yang lantang mengkritik LUNC untuk suatu jangka waktu yang lama, namun begitu pada ketika ini  pendiriannya mula berubah apabila kumpulan pembangun sukarelawan Terra Rebels mengeluarkan Pelan Hala Tuju Revival Terra Classic (LUNC) secara rasmi.

Selain itu, kumpulan itu bertujuan untuk membina semula LUNC dan keluar dari cengkaman  daripada Terraform Labs dan Do Kwon.

David Gokhshtein mengambil langkah U-Turn dari Pendirian Anti-LUNC. David Gokhshtein, bekas calon kongres A.S., dalam tweet terbaru pada 30 September berkata pelan hala tuju Terra Rebels untuk kebangkitan Terra Classic (LUNC) adalah menarik.

Pandangan Pengasas Gokhshtein Media telah beralih daripada “LUNC ialah loteri tanpa utiliti” kepada “boleh mengambil peluang dengan tawaran yang disediakan  LUNC”. Rebels dan komunit telahi memulihkan aktiviti pembakaran, staking, pembinaan projek, pendidikan ekosistem dan tadbir urus sehingga menyebabkan harga Terra Classic melonjak hampir 500% dalam masa dua minggu.

Pendirian beliau ini mula berubah selepas Binance bersetuju untuk membakar yuran dagangan pada dagangan spot dan margin Terra Classic (LUNC). Beliau juga merancang untuk melabur $500 dalam LUNC untuk melihat sama ada tuntutan itu betul. Selain itu, beliau menimbulkan kebimbangan mengenai hubungan antara Terra Classic, Terraform Labs dan Do Kwon.

Dengan pelan hala tuju kebangkitan Terra Classic (LUNC), Terra Rebels jelas dengan rancangan untuk membina semula dan memulihkan harga blockchain dan LUNC Terra Classic. Di samping itu, kumpulan itu sedang berusaha untuk menjadikan Terra Classic sepenuhnya bebas daripada TFL.

Harga LUNC  kini didagangkan pada $0.00028, meningkat hampir 3% dalam 24 jam terakhir dan 5% dalam seminggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat