Capital A Sasarkan ‘Teksi Terbang’ Jadi Realiti Menjelang 2025

515

‘Macam cerita Doraemon kot, terbang dengan take-kopta.’

Capital A, dahulunya AirAsia sedang mengorak langkah untuk memperkenalkan teksi terbang ke pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi.

Menurut Ling Liong Tien, Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, rancangan yang dinamakan Urban Air Mobility merupakan konsep baru, maka syarikat kini sedang memberi fokus untuk mencipta dan membolehkan ekosistem serta blok binaan untuk mengembangankan pertumbuhan projek di masa depan.

Terangnya, bagi melancarkan perniagaan tersebut banyak prosedur seperti sijil penebangan teksi udara termasuk peraturan penerbangan, infrasktruktur pendaratan dan parking perlu diambil kira.

Dikatakan rancangan teksi terbang tersebut akan bermula dengan menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA), yang mana akan mengurangkan jarak perjalanan lebih 1 jam kepada 17 minit.

Ura-ura juga mengatakan bahawa tambang bagi teksi terbang tersebut bernilai US$50 setiap seorang andai terdapat 4 orang penumpang pada satu masa.

Difahamkan pada Februari lalu, AirAsia Aviation Group memeterai memorandum persefahaman untuk memajak sebanyak 100 buah pesawat eletrik VX4s dari Avalon, iaitu sebuah syarikat pemajakan yang berpangkalan di Ireland.

Avalon pula akan memesan VX4 daripada pemaju British, Vertical Aerospace, yang turut sama memproses sebarang dokumentasi dan sijil penerbangan di Eropah.

Selain Malaysia, negara Jepun juga dikatakan telah memeterai perjanjian bagi merizab hak untuk memajak lebih kurang 50 pesawat berlepas dan mendarat menegak eletrik, eVTOL daripada Avolon.

Berbalik semula ke Capital A, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Tony Fernandes mengulas bahawa AirAsia mewakili Malaysia akan menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara untuk memasuki industri teksi terbang yang dijangka menjadi trend menjelang tahun 2050 berdasarkan laporan agensi perundingan Munich, Roland Berger.

Dalam pada itu, Capital A, Avalon dan Vertical Aerospace bakal mengadakan mesyuarat pertama pada bulan ini, dalam usaha untuk membawa masuk VX4s menjelang 2025 nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat