Cardano (ADA) Melonjak Lebih 30% Selepas Pelancaran Metaverse ‘Pavia’!

777

Projek pertama metaverse telah pun berlabuh di rangkaian Cardano, mengundang lonjakan harga ADA sebanyak 31% ke paras $1.6 pada 18 Januari daripada paras terendah pada 15 Januari, $1.25.

Pernah dihujani dengan skeptisisme, kehadiran Pavia di Cardano dijangka akan membawa The Sandbox dan Decentraland sebagai pesaing terdekat pada masa akan datang.

Menurut laman web rasmi Pavia, sebanyak 100,000 plots telah di-mint sebagai aset non-fungible token (NFT) dan memiliki koordinat tersendiri.

Sebagai rekod, lebih 60% plots telah terjual dalam sesi jualan awal pada Oktober-November 2021. Bakinya pula akan dilelong pada suku pertama 2022.

Bagaimanapun setakat Isnin, tuan tanah di Pavia masih belum dapat untuk meletak aset mereka di plot masing-masing.

Pavia menjelaskan: “Ini merupakan fasa pembangunan. Anda tidak boleh melawat atau meletakkan sebarang kandungan di plot.”

Harga plot di Pavia yang paling murah bernilai 888 ADA ($1,202.29, bersamaan RM5,041), manakala yang paling mahal bernilai 1,000,000 ADA ($1,354,255.98, bersamaan RM5,678,395).

Token natifnya, PAVIA berfungsi sebagai mata wang permainan yang dibangunkan. Sebanyak 25% PAVIA telah diserahkan kepada pemilik plot di Pavia dalam airdrop yang berlangsung pada Disember 2021.

Ketika penulisan, PAVIA didagangkan di MuesliSwap pada nilai 0.181 ADA ($0.24, bersamaan RM1.03).

Selain daripada Pavia, banyak lagi NFT yang telah berlabuh di Cardano, termasuklah: Clay Mates, Yummi Universe, Spacebudz, Cardano Kidz, dan banyak lagi!

Harga ADA ketika artikel ini ditulis agak positif, mencatatkan nilai dagangan $1.35 (RM5.66), susut 10% dalam 24 jam, tetapi meningkat lebih 8% sejak harga terendah pada 16 Januari.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat