Cardano (ADA), Polkadot (DOT) Catat Aliran Masuk Dana Tertinggi!

1,575

Laporan daripada CoinShares mendedahkan Cardano (ADA) menerima aliran masuk dana institusi sebanyak $10 juta pada minggu lepas.

Jumlah drastik itu dikatakan ada kaitan dengan peralihan minat para pelabur yang kini memilih matawang kripto yang berkonsepkan Proof-of-Stake (PoS) kerana lebih mesra alam sekitar.

Pada masa yang sama, Polkadot (DOT) menyaksikan aliran masuk bernilai $5.5 juta, menjadikan kedua-dua aset ini tampil unggul.

Minggu lepas, produk pelaburan matawang kripto mencatatkan aliran keluar dana sekitar $97 juta, dengan Bitcoin (BTC) merekodkan sebanyak $111 juta dan Ethereum (ETH) hampir $12.6 juta.

CoinShares dalam laporan yang sama ada menjelaskan rekod aliran keluar masih berada di tahap terendah, mewakili hanya 0.2% daripada jumlah aset bawah pengurusan (AUM).

Manakala, rekod keseluruhan aliran masuk bagi matawang kripto selain Bitcoin mencatatkan nilai sebanyak $27 juta, didahului Cardano.

Pasaran kripto buat masa sekarang dilihat semakin pulih dengan nilai pasaran kembali positif, meningkat kepada $1.6 trilion selepas penyusutan ke paras terendah pada 24 Mei.

Ketika penulisan, dalam 24 jam matawang kripto ini didagangkan pada:

  • BTC: $38,570 (meningkat hampir 6%)
  • ETH: $2,619 (meningkat hampir 16%)
  • ADA: $1.58 (meningkat 9.4%)
  • DOT: $22.24 (meningkat hampir 11%)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat