Terkini dilaporkan bahawa developer Cardano IOHK mengumumkan kerjasama dengan kerajaan Ethiopia yang menumpukan pada digitalisasi sistem pendidikan negara itu.
Penyelesaian identiti terdesentralisasi Atala PRISM akan digunakan untuk merakam dan memantau lima juta pelajar tempatan di 3,500 sekolah.
Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk mengurangkan permohonan universiti palsu dan memungkinkan untuk memeriksa keabsahan gred pelajar tanpa bergantung pada bantuan pihak ketiga.
Jalinan kerjasama dengan Cardano akan meningkatkan ketelusan dalam proses penilaian dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi penduduk Ethiopia luar bandar.
Sehingga hari ini, telah beberapa institusi pendidikan mengimplimentasikan teknologi blockchain diploma atau sijil palsu walaupun usaha tersebut tidak banyak dilakukan.
Transformasi pendidikan berasaskan blockchain Ethiopia adalah tonggak utama misi IOHK untuk menyediakan identiti ekonomi,pekerjaan dan perkhidmatan sosial. Setelah lima tahun melakukan R&D, Cardano kini sudah cukup matawang untuk menawarkan penyelesaian melalui teknologi blockchain dengan skala yang lebih luas.
Pada bulan Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif IOHK Charles Hoskinson mendakwa bahawa perjanjian Afrika baru dapat membawa berjuta-juta pengguna ke blockchain Cardano.
Cardano kini didagangkan pada harga $1.30 seunit.