Catat Sejarah! Harga Nikel Naik Mendadak

2,274

Harga nikel telah melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa seiring dengan dagangan komoditi lain yang terkesan akibat serangan Rusia ke atas Ukraine sekali gus mengancam peralihan global kepada kenderaan elektrik.

Buat pertama kali dalam sejarah 145 tahun, Bursa Logam London terpaksa menggantung dagangan nikel pada hari Selasa selepas harga meningkat dua kali ganda dalam tempoh beberapa jam sahaja kepada $100,000 per tan metrik.

Bagaimanapun, harga logam itu kemudiannya susut semula ke sekitar harga $80,000 per tan metrik tetapi ia masih jauh melebihi rekod sebelumnya $52,000 yang dicapai pada tahun 2007.

Logam itu merupakan komponen utama dalam bateri litium-ion yang digunakan dalam EV (electric vehicle) dan merupakan salah satu daripada beberapa komoditi yang telah melonjak sejak Rusia menyerang Ukraine.

Rusia ialah pembekal nikel ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Filipina, membentuk kira-kira 13% daripada kapasiti perlombongan global pada 2021.

Penganalisis mengatakan bahawa lonjakan drastik harga komoditi telah menyebabkan kegelisahan pasaran kewangan dan bursa apabila peniaga membuat spekulasi mengenai kesan daripada konflik di Ukraine.

Kenaikan harga nikel dikatakan akan menyukarkan syarikat pembuat kereta yang sebelum ini telah pun bergelut dengan gangguan rantaian bekalan, penutupan kilang dan kekurangan cip semikonduktor disebabkan pandemic Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat