Celsius Network Upah Penasihat Dalam Usaha Elak Muflis!

223

‘Kena buat yang terbaik untuk selamatkan diri kalau tak nak platform terkubur.’

Platform pinjaman kripto popular, Celsius Network dilaporkan mengupah penasihat firma perundingan pengurusan dalam usaha syarikat untuk mengelak dari jatuh muflis.

Perkara ini telah disahkan Wall Street Journal yang mengatakan firma perundungan pengurusan, Alvarez & Marsal telah dilantik untuk menjadi penasihat syarikat yang berpotensi memfailkan muflis.

Ia secara tidak langsung mengesahkan khabar berita 14 Jun lalu yang menyatakan Celsius telah mengupah peguam dalam usaha menyusun semula syarikat semasa berlakunya isu kewangan.

Umumnya, syarikat sedang menghadapi krisis kewangan yang membimbangkan rentetan daripada penurunan pasaran mata wang kripto sehingga membuat keputusan untuk membekukan kesemua pengeluaran, pertukaran dan pemindahan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alex Mashinsky dan beberapa pegawai atasan Celsius lain dilihat mengunci mulut mengenai perkara tersebut sehingga baru-baru ini mengeluarkan kenyataan buat kali pertama pada 16 Jun lalu sejak pembekuan.

Dalam pada itu, tindakan Celsius turut mendapat perhatian pihak berkuasa negeri di mana pengarah bahagian Texas telah mengarahkan pengawal selia Alabama, Kentucky, New Jersey, Texas dan Washington ‘melihat keadaan pembekuan tersebut’.

Pada sisi berbeza, pelabur Celsius dan pengasas bersama BnkToTheFuture, Simon Dixion telah mencadangkan pelan pemulihan ‘inovasi kewangan’ seperti yang dilakukan oleh Bitfinex pada 2016.

Setakat November 2021, Celsius mempunyai penilaian $3.5 juta daripada pusingan pembiayaan Siri B berjumlah $750 juta yang mungkin jatuh ekoran kemerosotan pasaran baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat