CEO Berpendapatan Paling Tinggi Di Australia Sanggup Korbankan Gaji Kerana Coronavirus!

706

Berikutan dengan wabak coronavirus yang semakin merebak ke seluruh dunia, kebanyakan syarikat penerbangan telah terjejas. Namun, apa yang terjadi kepada syarikat penerbangan Australia ini cukup mengejutkan!

Persis seperti syarikat penerbangan yang lain, Qantas mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan kos operasi perniagaannya dengan menyekat penggunaan pesawat penumpang Airbus A380 lalu menggantikannya dengan pesawat yang lebih kecil.

Namun, apa yang lebih menakjubkan ialah ketua pegawai eksekutifnya, Alan Joyce sanggup mengorbankan gaji beliau gara-gara kejatuhan yang dialami oleh syarikat tersebut! Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan salah seorang CEO yang mempunyai gaji paling tinggi di Australia iaitu $24 juta. Bukan calang-calang orang sanggup melakukannya!

Selain itu, Qantas dan cawangan syarikat penerbangan tambang rendahnya yang dikenali sebagai Jetstar bakal menghadkan penerbangan antarabangsa mereka sebanyak 25% bagi tempoh 6 bulan akan datang khususnya laluan Asia dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, para pengurus kanan syarikat tersebut turut berhadapan dengan pemotongan gaji sebanyak 30% sementara kakitangan yang lain tidak akan diberikan bonus. Bukan itu sahaja! Mereka juga diberi galakan untuk mengambil cuti tahunan dan cuti tanpa gaji dalam tempoh 6 bulan akan datang.

Hal ini demikian kerana wabak COVID-19 telah memberikan impak yang besar kepada pendapatan syarikat berkenaan dengan mencatatkan kerugian sehingga $150 juta!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat