CEO Binance Beri Amaran Terhadap Trend Matawang Crypto & Bitcoin!

1,067

Pada tahun ini, Bitcoin telah menunjukkan prestasi yang positif berbanding pada tahun lepas berikutan syarikat gergasi teknologi dunia mula tertarik dengan bitcoin dan matawang crypto dan permintaan dari institusi.

Harga Bitcoin setakat ini telah melonjak sebanyak 200% sepanjang tahun ini. Pada awal tahun, harga Bitcoin hanya mencatat paras harga $3,500 seunit kemudian naik sehingga ke paras tertinggi $14,000. Ramai pelabur mula optimis dengan Bitcoin dan menjangkakan episod pada tahun 2017 akan berulang lagi iaitu harga Bitcoin mencatat sehingga hampir $20,000 seunit.

Walaubagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao memberi amaran bahawa permintaan institusi terhadap Bitcoin berkemungkinan tidak akan memacu trend positif Bitcoin seperti yang difikirkan ramai orang, malah naik turun harga Bitcoin akan bertambah buruk. Tambah CZ, bilangan institusi yang masuk ke dalam industri ini tidak meningkat sebegitu banyak pada tahun 2019 setakat ini.

Menurut CZ, berdasarkan data di Binance, pelabur runcit masih memegang 60% daripada jumlah dagangan di Binance. Peratus yang hampir sama pada tahun lepas.

Pada tahun 2017, lonjakan harga Bitcoin daripada paras harga $1,000 seunit kepada hampir $20,000 seunit dalam tempoh 12 bulan, kebanyakkan dipacu oleh pelabur-pelabur runcit,

Sebahagian penganalisis berpendapat, lonjakan harga tahun ini berbeza dengan tahun 2017 kerana mendapat perhatian daripada syarikat gergasi seperti Facebook, Apple dan penerimaan dari institusi seperti Bursa saham New York. Malah yang lain menjangkakan bahawa tawaran token bitcoin kepada miner (pelombong crypto) akan berkurang kepada separuh dan boleh akibat kejutan penawaran dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat