CEO CIMB Letak Jawatan Dan Dilantik Sebagai CEO HSBC Pula

13,928

Pergh melangkah lebih jauh ni.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings Bhd dan timbalan CEO CIMB Bank Malaysia, Omar Siddiq, telah meletakan jawatannya dan menyertai HSBC Bank Malaysia Bhd sebagai CEO.

Pemfailan Bursa melaporkan Omar meletakkan jawatannya dari kumpulan tersebut bagi mengejar peluang yang berbeza.

Sebagai rekod, Omar menyertai CIMB Group pada November 2018 sebagai ketua pegawai operasi dan dilantik sebagai CEO pada Oktober 2020.

Buat sementara waktu, kumpulan tersebut melantik Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai CEO kumpulan.

Dalam pada itu, Omar akan menggantikkan Stuart Milne sebagai CEO yang bakal bersara pada Mac 2022 selepas 40 tahun berkhidmat dengan kumpulan HSBC.

Ketua eksekutif bersama HSBC Asia Pasifik, Surendra Rosha mengalu-alukan kedatangan Omar dengan menyatakan pengalaman luas serta pengetahuan mendalam tentang pasaran tempatan oleh Omar akan menyokong cita-cita pertumbuhan Asia kumpulan tersebut.

Omar akan menyertai lembaga pengarah HSBC Bank Malaysia dan HSBC Amanah Malaysia Bhd sebagai CEO dan ahli jawatankuasa eksekutif Asia Pasifik.

Sementara itu, sesi dagangan hari ini menyaksikan kedua-dua saham CIMB dan HSBC naik pada 0.18% dan 1.63%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat