CEO MasterCard Dedahkan Punca Tarik Diri Dari Libra

834

Dalam satu temubual, CEO MasterCard, Ajay Banga menzahirkan kebimbangannya terhadap Libra yang menentang sistem kewangan sedia ada. Mastercard yang merupakan salah sebuah syarikat yang membiayai matawang tersebut bertindak menarik diri bersama 3 buah lagi syarikat iaitu Visa, PayPal dan Stripe pada Oktober 2019.

Namun begitu, pengunduran mereka tersebut tidak disertakan dengan penjelasan hingga timbulnya khabar angin yang mengatakan bahawa mereka takut dengan pengawalseliaan pihak berkuasa.

Hakikatnya, mereka mahu menarik diri kerana tidak mahu melanggar undang-undang tempatan yang merujuk kepada kegiatan pengubahan wang haram serta ingin mematuhi peraturan pelanggan dan pengurusan data mereka. Selain itu, beliau turut mendedahkan tentang model perniagaan Libra yang diragui.

Hal ini demikian kerana pihak yang bertanggungjawab tidak menjelaskan dengan teliti bagaimana mereka menghasilkan wang. Seterusnya, Ajay mendakwa bahawa terdapat keraguan yang timbul beradasarkan pembentangan projek tersebut dan penggunaan dompet Calibra yang meragukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat