Chainlink Dipilih Sebagai Rakan Kongsi Teknologi Hong Kong!

186

“Chainlink pun menjadi pilihan ramai, adakah harganya akan meroket tinggi tidak lama lagi?”

Baru-baru ini dikejutkan berita berhubung RD Technologies yang sedang menyepadukan Chainlink Cross-Chain Interoperability Protocol (CCIP) dan Proof of Reserve (PoR) bagi menggerakkan stablecoin dollar Hong Kong (HKDR).

Selain membenarkan lebih banyak perniagaan dan pedagang menyelesaikan pembayaran dalam HKDR, kerjasama itu turut bertujuan menikmati pembayaran rentas sempadan lebih pantas dan murah serta membolehkan pemindahan real-world assets (RWA) menggunakan stablecoin.

Suka dimaklumkan firma fintech berpangkalan di Hong Hong telah melakukan perjanjian bersama beberapa pembayaran rentas sempadan, aset maya dan pemain pengurusan kekayaan terkenal di dunia bagi menggunakan HKDR untuk pembayaran rentas sempadan.

Menurut Rita Liu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RD Technologies berkata integrasi itu bukan sahaja memudahkan penggunaan HKDR dalam pelbagai perkara malah bantu memudahkan pembangunan Hong Kong sebagai Web3 global dan hab aset maya.

Sementara Ketua RWA dan Perikatan di Chainlink Labs Colin Cunningham pula mendedahkan CCIP telah membenarkan kontrak pintar mengakses data daripada sistem luaran secara selamat bagi memudahkan ketersambungan data antara blockchain.

Chainlink pada April 2024 melancarkan aplikasi bridge cross-chain berkuasa CCIP baharu dipanggil ‘Transporter’ untuk meningkatkan keselamatan pemindahan token kemudian terdapat tujuh penyepaduan empat perkhidmatan Chainlink merentas tiga rantaian berbeza pada 6 Mei 2024.

Setakat penulisan ini, harga mata wang kripto LINK diasaskan oleh Chainlink yang didagangkan pada $14.07 telah menyusut 3.45% dalam masa 24 jam lalu tetapi tetap raih sebanyak 7.59% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat