Charlie Munger Desak Amerika Syarikat Haramkan Bitcoin!

233

“Memang dari dulu lagi Charlie Munger tak berkenan dengan Bitcoin.”

Charlie Munger, Naib Pengerusi Berkshire Hathaway dan orang kanan Warren Buffett yang percaya mata wang kripto bakal membawa kemudaratan telah mendesak kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengharamkan semua aset digital.

Menurutnya, kripto akan memberi impak negatif terhadap ekonomi negara susulan aset digital bukan sahaja didagangkan secara terbuka tanpa pra-kelulusan kerajaan malah kebanyakan syarikat swasta tidak berdaftar bertindak melancarkan beribu-ribu kripto.

Munger turut menyamakan aset digital dengan kenyataan dikaitkan penulis terkenal AS bernama Mark Twain iaitu “A mine is a hole in the ground with a liar on top”  yang bermaksud dalangnya adalah pembohong untuk mengeluarkan saham dan memerangkap atau menipu individu lain.

Sambil menyalahkan kerajaan kerana tidak laksanakan peraturan lebih ketat, Munger berkata bahawa aset digital bukanlah mata wang mahupun komoditi, di mana beliau mentakrifkannya sebagai salah satu perjudian yang akan memberi ancaman kepada negara.

Rentetan itu, beliau menggesa AS menggubal undang-undang persekutuan baharu untuk mengharamkan kripto.

Bagi menyokong pendapatnya, beliau mengambil situasi kerajaan komunis China yang mengharamkan kripto pada baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai keputusan bijak kerana mengetahui ia akan memberi kesan buruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat