China Akan Akur Dengan Terma Perjanjian Perdagangan Yang Ditetapkan Amerika Syarikat?

265

Pakar ekonomi daripada Institut Penyelidikan Nomura berpendapat bahawa perang dagang telah memberi impak yang lebih besar terhadap ekonomi China berbanding Amerika Syarikat dan hal ini mungkin akan mendorong pihak pentadbiran China untuk tunduk kepada perjanjian yang diutarkan oleh pihak A.S.

Menurut Richard Khoo, berdasarkan kajian terhadap data-data ekonomi, saya mengesyaki kelembapan yang semakin ketara dalam ekonomi China manakala di Amerika Syarikat, data ekonomi masih menunjukkan pengukuhan terutamanya data pekerjaan A.S. Ini akan menambah tekanan ke atas China untuk menyelesaikan rundingan perang dagang secepat mungkin.

Ketegangan perdagangan A.S dan China yang merupakan salah rakan dagang terbesar AS telah menambah banyak ketidakpastian ekonomi sejak setahun lalu. Pada suku ketiga, ekonomi China telah berkembang sebanyak 6%. Bacaan ini merupakan bacaan yang paling perlahan sejak suku pertama tahun 1992. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan ekonomi China boleh jatuh dibawah 6% pada tahun 2020.

Dalam masa yang sama, ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan perkembangan yang positif sejak beberapa bulan ini. Aktiviti perkhidmatan A.S meningkat melebihi jangkaan pada bulan Oktober dan pasaran buruh kekal kukuh berikutan peningkatan dalam pertambahan peluang pekerjaan. Data ekonomi yang melebihi jangkaan juga mendorong lonjakan dalam pasaran saham sehingga paras tinggi pada bulan ini.

Setakat ini, A.S. dan China telah bersetuju untuk mengusahakan perjanjian perdagangan “fasa pertama” pada awal Oktober selepas beberapa ancaman peningkatan tarif daripada kedua-dua belah pihak. Walaubagaimanapun perkembangan terbaru menunjukkan kemajuan rundingan perdagangan sedikit terbantut apabila kedua-dua belah pihak tidak memiliki pendapat yang senada dalam beberapa terma perjanjian utama. China menggesa untuk kepada penghapusan tarif namun hal itu tidak dipersetujui oleh Trump.

Segelintir pakar ekonomi juga menjangkakan bahawa A.S tidak akan mengubah pegangan polisi mereka ke atas China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat