China Bakal Kenakan Sekatan Terhadap Syarikat AS Berhubung Isu Penjualan Senjata Api

329

Pasaran mula berwaspada terhadap isyarat awal perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China dengan laporan yang kurang menyenangkan dari Beijing.

Jurucakap Menteri Luar China, Geng Shuang pada Rabu telah mengeluarkan kenyataan menyatakan China akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan kepentingan mereka termasuk mengenakan sekatan terhadap syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang terlibat dalam rancangan penjualan senjata api ke Taiwan.

China membantas sekeras-kerasnya rancangan tersebut dan menyatakan tindakan Amerika tersebut adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan peraturan hubungan asas kerajaan antarabangsa.

Ancaman terhadap hal ehwal dalam negara China akan menjejaskan kedaulatan negara dan kepentingan keselamatan. Justeru, China tetap bertekad untuk mempertahankan kedaulatan, perpaduan dan keselamatan negara.

China menggesa Amerika Syarikat untuk membatalkan rancangan penjualan senjata api dengan segera, menghentikan urusan penjualan senjata api kepada Taiwan dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan kepulauan tersebut.

Laporan ini dikeluarkan susulan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat secara rasmi memaklumkan kepada Kongres AS tentang rancangan penjualan 66 buah pesawat F-16 dan peralatan berkaitan yang bernilai sekitar 8 bilion dolar USD kepada Taiwan beserta sokongan.

Penganalisis ekonomi melihat perkara ini bakal mencetuskan kembali ketegangan terhadap dua negara ekonomi gergasi dunia tersebut dengan harapan untuk rundingan mencapai kesepakatan semakin tipis.

Aset safe-haven dijangka bakal kembali mendapat kelebihan dalam pasaran selepas ini dengan aliran keluar pelabur dari aset berisiko sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat