China Bakal Lancarkan Matawang Kripto, Balas Dendam Terhadap Libra Facebook?

889

Beberapa bulan yang lalu, dunia telah digemparkan dengan pengumuman daripada negara kuasa besar China yang bakal melancarkan matawang kripto mereka sendiri. Matawang tersebut dikenali sebagai Digital Currency/ Electronic Payment System (DC/EP) atau DCEP.

Matawang berkenaan telah dicipta oleh The People’s Bank Of China (PBOC) dan diusahakan selama lebih 5 tahun manakala teknologinya telah disediakan sejak 2018. Namun, tarikh pelancarannya masih kekal menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.

Selain itu, DCEP dikatakan bakal bergandingan dengan Yuan, iaitu matawang negara China serta boleh digunakan secara meluas hingga ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, matawang berkenaan juga dipercayai akan menggantikan wang tunai secara keseluruhannya di negara tersebut.

Bukan itu sahaja! DCEP dilancarkan adalah untuk membantu negara tersebut mengawal sistem kewangan mereka dengan lebih efektif terutamanya dalam mengesan pengubahan wang haram, rasuah dan transaksi haram yang lain.

Hakikatnya, ia dicipta untuk membalas dendam terhadap Libra, matawang kripto Facebook yang disifatkan sebagai salah satu ancaman terhadap negara China. Tambahan daripada itu, penciptaan DCEP dikhabarkan adalah untuk menghapuskan semua matawang kripto yang lain terutamanya bitcoin.

Persoalannya, bagaimanakah matawang ini berfungsi?

DCEP berkemampuan untuk menguruskan lebih daripada 300,000 transaksi per saat. Selain itu, orang ramai atau mana-mana perusahaan boleh memuat turun wallet maya yang membolehkan mereka menukar yuan kepada matawang kripto.

Matawang tersebut hanya akan dikeluarkan oleh PBOC dan dikawalselia oleh mereka. Di samping itu, ianya juga akan menjalinkan kerjasama dengan Visa atau medium pembayaran berpusat yang lain. Jelaslah di sini bahawa DCEP adalah sangat berbeza berbanding matawang kripto yang lain kerana ianya dikawal dengan sangat ketat.

Antara syarikat pertama yang akan berurusniaga dengan menggunakan DCEP ialah Alibaba, Tencent dan Union Pay, iaitu sebuah persatuan perbankan China. Berdasarkan pengumuman yang dibuat, ada yang berpendapat bahawa matawang kripto ini bakal menjadi syiling yang stabil bahkan mampu mempengaruhi matawang kripto yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat