China Bakal Lancarkan Platform NFT Pertama Pada 1 Januari 2023!

210

Boleh percaya ke China ni, takut nanti tiba-tiba haramkan NFT pula.”

Memberi kejutan baharu, negara China yang merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia bakal melancarkan platform perdagangan non-fungible token (NFT) pertamanya pada 1 Januari 2023.

Pembaharuan berikut dilaporkan telah dicipta oleh beberapa syarikat milik kerajaan seperti China Technology Exchange dan Pameran Seni China serta sebuah syarikat korporat swasta, Huban Digital Copyrights Ltd.

Selain daripada NFT, antara kelebihan platform tersebut adalah bagi memudahkan perdagangan hak cipta yang mempunyai kaitan dengan aset digital sahaja.

Sementara objektif utamanya ialah untuk mengawal selia dan mengelak sebarang spekulasi negatif yang dapat mencemarkan reputasi NFT.

Menurut Yu Jianing, pakar aset digital dan metaverse di China menyatakan bahawa undang-undang, peraturan dan dasar penyeliaan berkaitan aset digital masih perlu dikemaskini dan diperbaiki lagi agar kesilapan tidak berlaku.

Tambahnya lagi, platform tersebut akan mempunyai peraturan lebih besar berbanding hak harta intelek dan hak cipta intelek supaya dapat menggalas tanggungjawabnya dengan lebih efisien.

Dalam pada itu, Mahkamah Internet Hangzhou di China telah menetapkan keputusannya bahawa NFT adalah harta maya yang dilindungi oleh undang-undang walaupun exchanger kripto diharamkan di China sejak tahun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat