China Berhak Untuk Mengawal Pasaran Domestik : Ketua Menteri Industri China

54

Salah seorang Menteri Kanan berkata pada Ahad bahawa China berhak menyekat akses pasaran bagi menggalakkan pertumbuhan domestik, walaupun Presiden Xi Jinping ingin menonjolkan negara mereka sebagai peneraju dunia dalam memerangi perlindungan.

Komen itu dikeluarkan selepas China dikatakan sebagai pembela globalisasi dan berulang kali menegaskan bahawa negara itu akan sedia meletakkan pintu perdagangan kekal terbuka.

Bagaimanapun, Miao Wei, Ketua Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China berkata di Forum Pembangunan China berkata bahawa, peratusan market share di sesetengah kawasan masih dikawal oleh masyarakat tempatan.

Walaupun beberapa negara mengambil pendekatan untuk menyekat beberapa peralatan dan produk dari China, permintaan bagi produk-produk tersebut masih wujud.

Justeru China perlu mengambil pendekatan ini sebelum ianya dikawal oleh orang asing dan memberi kesan kepada pertumbuhan China.

Dalam satu kajian pada bulan Januari juga menunjukkan bahawa lebih daripada 80 peratus syarikat AS yang bertapak di China mengganggap bahawa kemasukan syarikat asing agak tidak dialu-alukan. Kebanyakan dari meraka juga mempunyai sedikit keyakinan bahawa China akan menunaikan janji untuk membuka pasarannya.

Ini Yang Menimpa Dagangan Matawang Gergasi Dalam Sesi Asia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat