Ini Yang Menimpa Dagangan Matawang Gergasi Dalam Sesi Asia

58

US Dollar masih kekal dalam tempoh bertahan pada Isnin apabila petunjuk yang diberikan oleh Fed sebelum ini agak kurang agresif terhadap unjuran kenaikan kadar.

Matawang tersebut juga hanya memberi reaksi kecil terhadap pertemuan G20 yang dijalankan pada hujung minggu yang membincangkan isu campur tangan dalam perdagangan matawang dan juga berjanji untuk mengelakkan perlindungan perdagangan.

Matawang Yen juga mengalami thin trading disebabkan cuti di Jepun. US Dollar didagang melemah pada 112.68 Yen.

Berbanding matawang utama yang lain, US Dollar tidak banyak berubah di dalam dagangan 100.300 setelah menyentuh tahap terendah dalam tempoh lima minggu pada Jumaat yang lepas.

Keadaan ini juga antara yang menimpa Euro apabila dinilai stabil setelah mencapai puncak tertinggi dalam tempoh enam minggu.

Pelabur juga menantikan perdebatan politik pertama presiden Perancis yang dijadualkan pada lewat hari Isnin.

Mosheddotcom Tekankan Beberapa Event Penting Minggu Ini! (20-24 Mac 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat