China Cetus Kontroversi, Dedahkan Peningkatan 50% Kadar Kematian Di Wuhan!

570

Umum mengetahui bahawa China merupakan negara yang paling terjejas akibat wabak coronavirus dan negara pertama yang didakwa telah pulih daripada wabak berkenaan dengan mencatatkan penurunan kes secara mendadak setiap hari.

Walau bagaimanapun, rekod yang dikemukakan oleh negara itu telah mencetuskan persoalan dan ketidakpuasan hati Presiden Amerika Syarikat, iaitu Donald Trump. Menurut presiden berkenaan, China tidak jujur ketika menangani wabak merbahaya itu.

Oleh itu, Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa pentadbirannya bakal menjalankan penyiasatan terhadap negara tersebut serta virus itu didakwa berpunca daripada sebuah makmal yang terletak di Wuhan.

Apa yang lebih mengejutkan ialah China telah mendedahkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 50% angka kematian akibat COVID-19 di wilayah Wuhan pada hari ini! Negara itu dikatakan telah mengadakan penyemakan semula jumlah kematian setelah beberapa orang pemimpin dunia lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap data yang dikeluarkan. Adakah dakwaan Presiden Amerika Syarikat itu benar?

Hakikatnya, dakwaan Trump itu turut disokong oleh Perancis. Selain itu, Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab yang mewakili Perdana Menteri Boris Johnson juga mempersoalkan data yang dikemukakan oleh China.

Akan tetapi, Beijing dan Moscow bertindak menafikan dakwaan tersebut bahkan Presiden Russia menyatakan bahawa ianya merupakan sebuah percubaan untuk menjatuhkan imej negara China.

Terkini, dengan peningkatan jumlah kematian terbaru itu, angka kematian yang direkodkan di wilayah Wuhan ialah sebanyak 3,869.

Persoalannya, apakah tujuan China yang didakwa seakan-akan menyembunyikan data sebenar berkaitan wabak berkenaan? Adakah beberapa orang pemimpin dunia akan mengenakan tindakan terhadap negara berkenaan?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat