China Dijangka Kekalkan Sasaran Inflasi, Padam Spekulasi Untuk Meningkat

214

China dilaporkan akan mengekalkan sasaran inflasinya tidak berubah pada sekitar 3% dengan para penggubal dasar akan terus menggalakkan rangsangan ekonomi secara beransur-ansur, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

Sebelum ini, terdapat beberapa spekulasi yang dibuat oleh penganalisis ekonomi bahawa China akan meningkatkan sasaran inflasi kepada 3.5% yang akan memberi ruang buat negara itu untuk terus merangsang pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, sumber tersebut melaporkankepada Reuters bahawa kerajaan menjangkakan inflasi harga pengguna (CPI) akan mula merosot pada separuh kedua tahun 2020, memandangkan mereka telah mengambil pendekatan yang perlu untuk mengekang pengurangan bekalan daging babi iaitu merupakan faktor utama kepada kenaikan harga.

Sasaran inflasi 2020 yang akan diumumkan secara rasmi di sesi tahunan parlimen pada awal bulan Mac, dikatakan telah disahkan oleh para pemimpin tertinggi di Central Economic Work Conference bulan lalu.

Inflasi harga pengguna (CPI) China pada bulan November merekodkan peningkatan sebanyak 4.5% iaitu menghampiri bacaan tertinggi dalam tempoh 8 tahun disebabkan kenaikan dua kali ganda harga daging babi, namun harga pengeluar kekal merosot untuk lima bulan berturut-turut.

Situasi ini telah merumitkan urusan untuk penggubal dasar ketika mereka cuba menstabilkan pertumbuhan tanpa meningkatkan hutang dan menambah risiko kewangan.

Pada 1 Januari, bank pusat China (PBOC) telah mengumumkan pemotongan keperluan rizab bank (RRR) buat kali kelapan sejak 2018 dalam usaha untuk merangsang ekonomi. Penganalisis menjangkakan terdapat sekurang-kurangnya satu lagi pemotongan RRR pada tahun ini.

Beijing juga sebelum ini dilaporkan merancang untuk menetapkan sasaran pertumbuhan ekonominya lebih rendah iaitu sekitar 6% pada tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat