China Luluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Negara Untuk Hong Kong!

428

Pada hari ini, China secara rasmi telah memasukkan Hong Kong dalam Undang-Undang Keselamatan Negara. Keputusan ini diambil oleh pentadbiran China pada hari terakhir Sidang Umum Kongres Nasional (NPC) di Beijing.

Keputusan tersebut diambil untuk mengatasi masalah sosial iaitu demonstrasi berkepanjangan dan peningkatan keganasan yang mengakibatkan Hong Kong berada dalam fasa terburuk sejak ia dikembalikan kepada China pada 1997. Selain itu menurut China, legistatif tersebut bermatlamatkan untuk menyelesaikan isu penindasan, keganasan, pemisahan dan campur tangan asing.

Legistatif ini telah menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan negara-negara barat dan juga di Hong Kong kerana khuatir undang-undang ini akan menyekat peranan Hong Kong sebagai pusat kewangan global.

Dalam masa yang sama, hal ini juga menimbulkan ketegangan dalam hubungan perdagangan AS dengan China. AS berpendapat penolakan permohonan Washington terhadap Majlis Keselamatan untuk bergabung dengan rancangan China dalam memperkenalkan undang-undang keselamatan negara baru ke atas wilayah tersebut adalah berkait dengan kecuaian dalam menguruskan krisis Covid-19, melanggar komitmen hak asasi manusia antarabangsa dan tindakan tidak beretika di Laut China Selatan.

Justeru sebahagian pihak pentadbiran AS berependapat bahawa Hong Kong tidak lagi layak untuk menerima kedudukan istimewa di bawah undang-undang AS.

Ketegangan antara kedua-dua negara besar yang dianggap semakin reda kini semakin meresahkan. Presiden AS, Donald Trump sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil ke atas China.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sebanyak 0.41% kepada paras bacaan 98.650 setakat jam 10.40 pm. Antaranya adalah disebabkan jumlah tuntutan pengangguran yang masih tinggi dan kejatuhan kadar KDNK pada suku pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat